Friday, March 27, 2015

Setelah pengumuman itu.... segalanya berubah.

Assalamualaikum. 

Baiklah. Tarik nafas panjang-panjang dahulu. Agak lama memikirkan apa yangmahu dicoretkan di dalam ruangan ini. 

Ya, setelah pengumuman itu, saya termenung sebentar. Terkedu. Lidah seakan membeku. 

Pengumuman apa? 

Pengumuman ini. 



*****
KENYATAAN AKHBAR

PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 

Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN ) akur dengan keputusan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) ditangguhkan pada tahun 2015 bagi memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM400 juta.

Penangguhan PLKN 2015 dapat memberi ruang kepada JLKN untuk mengkaji semula dan menambahbaik program melalui Transformasi PLKN yang akan dilaksanakan nanti. Transformasi PLKN, bertujuan untuk merumus pendekatan yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara.

Lab juga telah ditetapkan pada bulan depan bagi membicangkan pelan transformasi PLKN yang melibatkan Pengusaha Kem, Ibu Bapa, Jurulatih PLKN, NGO – NGO dan Institusi Kewangan. Cadangan yang dibincangkn pada Lab akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diperhalusi.

Status pelatih Kumpulan dua dan tiga yang telah terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2015 akan ditangguhkan sehingga diumumkan kelak.


Disediakan oleh:

Dato’ Mohmed Asri bin Yusof
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia

Tarikh: 20 Januari 2015                                    

(kredit http://www.khidmatnegara.gov.my/penangguhan-plkn-tahun-2015/
******

Pihak yang terlibat secara rasmi amat gundah memikirkan hal ini. Terutamanya yang berkhidmat di dalam kem latihan PLKN. 
Soalan yang popular diajukan adalah, "Apa yang jurulatih akan buat di dalam kem itu nanti? Makan gaji butakah?"
Mulut tempayan  boleh ditutup, mulut manusia.....
Kebebasan bersuara tidak dapat dibendung. Mulut bebas untuk memperkatakan apa sekali pun. Redho....
*
Hakikatnya, jurulatih di dalam kem  diberi tugasan khas. Tugasan pejabat yang telah lama tertangguh akibat menguruskan pelatih semasa mereka di dalam kem. Segala dokumen peribadi jurulatih ada yang masih belum sempat dikemaskini. Malah ada jurulatih juga bertanggungjawab menyelesaikan 5S dan sebagainya. 
Kini, ada satu lagi tugasan berat yang diberikan. Program Kenangan Budi, Curahan Bakti.
Jurulatih dan staf yang ada di dalam kem, perlu bermesra dengan masyarakat. Ada banyak  aktiviti yang ditawarkan kepada masyarakat dengan bayaran yang tidak melibatkan satu sen pun wang. PERCUMA. 
Contoh, jika pihak sekolah rendah atau menengah mahu menganjurkan Program Motivasi Kepimpinan. Ya, Jurulatih terlatih boleh jalankan. Usah ditanya berapa bayarannya. Kerana ia percuma. 
Persatuan Belia atau Penduduk memerlukan khidmat jurulatih untuk mengetuai aerobik. Maka dipersilakan menjemput kami. Juga tiada bayaran.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya ingin mengadakan program  untuk remaja bermasalah atau khidmat kaunseling. Dipersilakan panggil kami. 
*
Benarkah?
Ya, benar.  
Ini kerana program-program  dan aktiviti-aktiviti inilah yang kami berikan kepada pelatih PLKN selama 3 bulan mereka di dalam kem. 
Kenapa tiada hasil yang dapat dilihat?
Perubahan sikap seseorang tidak boleh dinilai atau dilihat seperti objek. Sikap ini amatlah sukar untuk ditonjolkan. Mungkin ada suara-suara yang mengatakan bahawa, "Sama sahaja sikap bekas pelatih  ketika sebelum masuk kem dan selepas keluar kem."
Sebenarnya banyak perkara yang dicurahkan kepada mereka. Terlalu banyak. Saya akan berusaha untuk kongsikan satu persatu aktiviti dan program di dalam kem bermula hingga berakhirnya tempoh 90 hari mereka di post yang lain.
Otak manusia tidak mampu untuk menyerap semua perkara yang diberikan. Daripada 10 perkara, mungkin 1 atau 2 perkara yang diserap hingga terbenam di sudut hati. Tambahan pula remaja yang berusia 17 tahun. Mereka masih muda dan mentah. 
Saya juga akan kongsikan pengalaman bersama bekas pelatih yang mempunyai kes istimewa dan tidak kurang juga yang hebat peribadinya.
*
Akhir kata, buat masa ini saya kongsikan bersama anda saat-saat akhir Kumpulan 1 Siri 12/2015 melalui foto-foto di bawah. 

Auf Wiedersehen.
















Adios Amigos!


Thursday, November 13, 2014

Ada Apa Dengan Loreng Biru?

Sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Pejam celik, sudah tamat Siri 11/2014.

Berdebar pula bakal berdepan dengan Kumpulan 1 Siri 12/2015.

Ada apa dengan Loreng Biru Kumpulan 3 Siri 11/2014?

Ya, di sini ada sedikit perkongsian aktiviti yang berlangsung sepanjang Kumpulan 3 Siri 11/2014.

Semoga seronok membaca dan teruja ingin masuk ke kem.

Ketika ini PLKN terlibat dengan konvoi Hari Merdeka. Kem menghantar satu kontigen berkonvoi dari utara.

Pelatih diberi penghormatan menyanyikan lagu patriotik sempena kemerdekaan.





Yes! Ini satu lagi penghargaan terbesar. Pelatih PLKN membawa bendera dalam perbarisan hari kemerdekaan. Mahu wajah anda masuk TV? Masuk kem dulu.




Hihihi...Sorry. Tidak sempat rakam foto pelatih. Ketika ini pelatih kem memeriahkan gerai pameran Klik Dengan Bijak, Suruhanjaya Komunikasi dan  Media Malaysia di Kuala Lumpur Convention Centre.
Ada acara cabutan bertuah. Jangan cemburu, saya yang menang IPod mini ini. :)




Persiapan untuk melakukan majlis penutup Modul Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). Yang hensem pakai baju melayu itu pelatih Cina, namanya Ah Long.





Modul Khidmat Komuniti  di  Taman Tempua Bestari. Rajin mereka bergotong-royong.



Ini pula aktiviti  Modul Kenegaraan, Simulasi Pilihanraya.




Penutup kepada Modul Kenegaraan, Aktiviti DKRT-G.







Latihan kebakaran di kem. Abang bomba hensem datang buat demo.



Apa ini?
Ini ialah ketupat. Makanan tradisi Orang Melayu.
Mereka belajar mengayam ketupat. 
(Ini salah satu aktiviti dalam Modul Intergrasi).

Ayo, macam mana mau buat?






Persiapan untuk Modul  Integrasi.
Mereka sedang berpeluh menyiapkan kolum.






Ya, ini pentas utama persembahan Modul Intergrasi.














Khidmat Komunit lagi. Kali ini melawat ke Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu.
Sebenarnya ada dua pergerakan. Satu kumpulan lagi melawat ke rumah Orang-Orang Tua.


Bergambar bersama Jeremy dan Rahim.Mereka berdua antara penghuni syurga.



Penutup Modul Kenegaraan.
Petang Genta Patriotik dan Lambaian Kasih.




Esoknnya mereka ini sudah melambai mengucapkan selamat tinggal. 




Jadi, apa ada dengan Loreng Biru?

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dijalankan. Aktiviti Fizikal  pun banyak. Tetapi saya tidak sempat merakam aktiviti mereka.

Paling syok, Latihan Menembak menggunakan M16. Real punya tau. Bukan mainan. Kemudian aktiviti tali tinggi (flying fox, abseiling), latihan air, navigasi, kembara halangan, kawad, ikhtiar hidup, pertolongan cemas, dan wirajaya(perkhemahan di tapak).

Jadi, seronok atau tidak pakai loreng biru?

Perlu tanya sendiri mereka yang ada dalam foto ini.

Ok, itu sahaja untuk kali ini.

Bye!