Assalamualaikum.
Didoakan kalian di luar sana sentiasa sihat menjalani ibadah puasa kali ini.
Bagaimana? Adakah anda bertuah dipilih sebagai pelatih PLKN untuk Kumpula 3 Siri 10/2013?
Kalau ya, tahniah. Kalau tidak, juga tahniah. (Selalunya yang inimenjadi pilihan ramai.)
Tidak mengapa. Usah bersedih jika terpilih, dan juga usah bersedih kerana tidak terpilih. Pilihan sudah ada di tangan anda. Jadi anada buatlah pilihan. Jika tidak terpilih, tetapi jiwa bersemangat, mohonlah sebagai pelatih sukarela. Setiap ada kemahuan, di situ ada jalan.
Baiklah, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda (bakal pelatih@bekas pelatih@ibu@bapa@sanak saudara) berkenaan proses penerimaan bakal pelatih.
Proses pertama adalah dari pihak JLKN sendiri yang berpusat di Bangunan Zetro Wangsa Maju. Jabatan sendiri yang melakukan pemilihan pelatih dan mereka mengedarkan senarai nama insan-insan yang bertuah ini ke kem-kem PLKN di seluruh Malaysia. Ramai masyarakat tidak tahu atau tidak faham berkenaan proses ini. Saya sendiri sebagai tenaga pelaksana tidak didedahkan secara terperinci proses pemilihan ini. Saya sebagai Jurulatih@Penolong Pegawai hanya menerima pelatih yang melapor di 'Pick up Point' pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan. Jika yang datang melapor diri itu hanya seorang, maka seorang sahajalah kami bawa ke kem walaupun mengambil masa perjalanan selama dua atau tiga jam.
Sebagai contoh, saya perlu bangun seawal empat pagi untuk bersiap ke kem kerana bas akan bergerak pada lima pagi. Kebiasaannya saya akan hantar anak saya kepada pengasuh pada jam empat empat puluh lima minit pagi. Ketika itu anak saya sedang tidur nyenyak. Kemudian saya akan bergerak ke lokasi 'Pick-up Point'. Kebiasaan Kem PLKN Pelangi Hill Resort akan mengambil bakal pelatih di kawasan Selangor (Shah Alam, Kajang, Selayang, Petaling Jaya).
Apabila tiba di 'Pick-up Point' saya akan melapor diri kepada pihak yang menguruskan 'Pick-up Point' tersebut. Kemudian saya akan menunggu dan menerima bakal pelatih yang datang melapor. Selain itu, saya juga bertindak sebagai jurucakap untuk menjawab segala macam soalan sama ada daripada bakal pelatih atau daripada ibu bapa atau penjaga bakal pelatih.
Apabila sudah cukup masa melapor, kebiasaannya hingga jam sepuluh setengah pagi kaunter ditutup, saya akan bergerak ke kaunter urusetia untuk mendapatkan pengesahan dan juga wang belanja untuk bakal pelatih yang sudah berada di dalam bas. Mereka akan menerima sebanyak RM5 seorang. Wow, awal-awal lagi sudah dapat duit. ;)
Proses yang seterusnya adalah perjalanan ke kem. Apabila sudah tiba di kem, bakal pelatih yang bertuah ini akan melalui proses pendaftaran di Dewan Serbaguna. Di sini ada banyak proses yang perlu mereka lalui. Jadi, anda di luar sana, perlu bersedia dengan proses pendaftaran yang panjang ini. Tapi, usah bimbang. Proses ini tidak susah pun.
Suasana di 'Pick-up Point'.
Pengerusi MLKN (Majlis Latihan Khidmat Negara) Dato' Tiki Lafe sedang beramah mesra dengan bakal pelatih di dalam bas. Ketika ini juga Jurulatih Pengiring akan menyerahkan wang saku kepada bakal pelatih.
Suasana ketibaan bakal pelatih di kem berkenaan.
Bakal pelatih berbaris untuk melakukan pendaftaran selain daripa temuduga ringkas berkenaan kesihatan masing-masing.
Baiklah. Gambar-gambar di atas adalah gambaran perjalan proses pertama yang perlu anada semua lalui. Jangan takut. Kami di kem tidak makan orang. Kami pun makan nasi dan lauk yang sama dengan kamu di sana. Tapi maafkan saya. Gambar-gambar di atas saya ambil daripada Pak Cik Google Image. Ini kerana gambar koleksi sendiri tidak lengkap.
All right girls and guys. Saya akan berkongsi proses yang seterusnyadalam entri yang akan datang. Bye2. Selamat berjunpa nanti.
Tepuk-tepuk terima kasih!
No comments:
Post a Comment