Pada bulan puasa , 29 Julai 2013 hingga 02 Ogos 2013 saya terpilih untuk menghadiri Bengkel Pemantau Modul (Quality Control) Asas Modul Pembinaan Karakter Siri 2/2013 di Intekma Shah Alam.
Apa perasaan saya?
Wow! hebat.
Bangga pun ada. hihihhihi.....
Paling banyak adalah perasaan seronok dan berdebar. (Bukan senang untuk memantau .....)
Saya ke sana dengan kenderaan sendiri tetapi dihantar oleh Sang Suami yang sedang bercuti.
Jarak Shah Alam dengan rumah saya tidaklah jauh sangat, namun disebabkan perlu hantar anak ke kampung, maka jarak perjalanan jauh sedikit.
Ok, bosankan asyik bercerita. jadi, saya biarkan foto bercerita dengan anda. Dipersilakan.
Keadaan dalam Dewan Banquet Intekma Resort & Covention Center Shah Alam ketika menanti ketibaan Ketua Pengarah JLKN, Dato' Abdul Hadi bin Awang Kechil untuk Majlis Perasmian.
Hihihih... Saya yang sabar menanti bersama rakan-rakan.
Ini wajah-wajah kami yang disiarkan dalam Akhbar Berita Harian. Wah, seronok sangat ketika itu. Saya? Saya yang berada di tengah berpakaian jalur hitam pink.
Bukti.
Bersama buddy saya Flora yang berasal daripada Sabah.
(Alamak, tudung sengetlah :(
Ini triad buddies.
(Sally, Flo dan Wani)
Hari terakhir bengnkel. Kami sudah bersedia untuk pulang ke kampung masing untuk bakar lemang dan kacau dodol.
**************************
Kemudian saya menghadiri pula Bengkel Pemantau Modul (Quality Control) Lanjutan Modul Pembinaan Karakter di Hotel Emperor, Melaka pada 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013.
Bengkel kali ini berbeza sedikit formatnya. Hari pertama kami berada di dalam dewan bagi mendengar perkongsian dan petua untuk para pegawai QC, hari kedua adalah praktikal ke kem, hari ketiga sesi perkongsian berkenaan pemantaun hari pertama, hari keempat adalah praktikal pemantau ke kem yang sama dan hari keempat adalah hari terakhir dan penutup.
Kumpulan saya ditempatkan di Kem PLKN Putra Putri, Alor Gajah, Melaka. Pada hari pertama pemantauan, saya berasa gementar. Mana tidaknya, pergi kem orang buat kali pertama. Sudah semestinya saya gementar.
ok, seperti biasa, saya akan biarkan foto bercerita.
Jom!
Bersama rakan ketika pemantauan berlangsung.
Pekena The Famous Klebang Coconut Shake.
Bersedia untuk ke Melacca River Cruise. Walau pun penat, tapi berjalan punya pasal, wajah automatik berubah.
Geng Melacca River Cruise. 40 orang satu bot! Mujur tidak karam. Siap buka kuih raya lagi atas bot. Selamat Hari Raya.
Yes, finish one stage. Kita minum dulu Cendol Jam Besar Melaka.
Hari terkhir bengkel. Bersama buddies menunggu orang besar untuk perasmina penutup.
Inilah kumpulan saya. Kumpulan Tiga yang The Bomb!
Bergambar bersama semua peserta bengkel.
Kenang-kenangan bersama dua orang KMB yang banyak berkongsi ilmu dan petua pemantauan modul.
Hani dan Ghana.
No comments:
Post a Comment