Wednesday, November 6, 2013

Izinkan saya.

Assalamualaikum wbt.

Maafkan saya.

Saya bukan  sesiapa untuk memperkatakan malah untuk memberikan ulasan. Ini pandangan saya dan saya hargai pandangan semua. Semua berhak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Pada zaman Nabi Muhammad dan dan nabi-nabi sebelumnya pun tidak pernah melarang mana-mana umatnya  berhenti daripada meluahkan pendapat dan pandangan. Sekali pun tidak menghukum mereka. Ya, sesiapa pun  mempunyai hak itu selagi Tuhan tidak menarik balik anugerah tersebut.  Ketika tentera Islam di serang dalam  Perang Khandaq misalnya,Nabi Muhammad mengizinkan  para sahabat yang setia di samping, para pahlawan dan pengikut memberikan pendapat dan kritikan.

Saya mula mencari sesuap nasi dengan lebih gigih dengan PLKN. Ya, program ini memberikan penumpuan  terhadap  pelatih. Apa yang mereka alami, saya selaku jurulatih mereka, perlu melaluinya terlebih dahulu.

Saya fikir, eloklah saya  dedahkan di sini, apa yang kami kongsikan dengan pelatih-pelatih yang telah menjalani latihan ini. Ya, kalian di luar sana yang tidak pernah terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung, tidak nampak kesannya dalam diri pelatih setelah mereka keluar dari kem latihan. Prinsip Program Latihan Khidmat Negara Malaysia adalah berteraskan  Modal Insan (Human Capitol). Bukan kerahan tenaga. Mereka  tidak penat dan letih dalam menjalani latihan fizikal sepanjang hari. Mereka didedahkan dengan aktiviti fizikal hanya dua jam satu hari selama lima hari. Tiga jam untuk  aktiviti di dalam kelas atau dewan. Cuma  mereka kepenatan kerana aktiviti berterusan. Namun mereka diberikan rehat.

Saya dedahkan dahulu jadual aktiviti harian yang pelatih PLKN lalui selama lebih kurang 3 bulan mereka di kem.

Ini adalah contoh jadual harian secara kasar sepanjang program.

Isnin hingga Jumaat sahaja. 

Jam 6.30 pagi - Pelatih berkumpul  di Padang Kawad untuk aktiviti senaman. Sebelumitu pelatih muslim terlebih dahulu hadir ke surau bagi menunaikan solat Subuh berjemaah sambil dipantau jurulatih.

Jam  7.30 pagi - Tamat senam pagi. Sekarang adalah  untuk sarapan pagi.

Jam 8.30 pagi  - Aktiviti dalam kelas bermula.

Jam 10.30 pagi - Berhenti rehat dan  minum pagi.

Jam 11.00 pagi - Aktiviti kelas bersambung.

Jam 12.30 tengah hari - Aktiviti kelas tamat dan makan tengah hari.

Jam 12.30 tengah hari hingga jam 2.30 petang waktu rehat dan solat Zohor berjemaah bagi pelatih Muslim.

Jam 2.30 petang hingga 4.30 petang - Aktiviti fizikal.

Jam 4.30 petang - Rehat dan solat Asar berjemaah bagi pelatih  Muslim.

Jam 5.30 petang - Riadah.

Jam 6.30 petang - Makan malam dan rehat.


Pada waktu malam sudah tiada aktiviti selain aktiviti kerohanian kepada agama Buddha, Hindu, Kristian, Islam dan agama lain pada malam-malam tertentu yang mana telah  ditetapkan oleh pihak jabatan.


Jadual ini adalah asas sahaja. Namun begitu ada sedikit kelainan waktu kepada negeri  Sabah, Sarawak dan  beberapa buah negeri di Semenanjung. Namun apa yang saya nyatakan di atas adalah asas bermula dari Isnin hingga Jumaat. Manakala Sabtu hanya setengah hari jika ada aktiviti komuniti atau ceramah dari pihak luar. Jika tiada, Sabtu adalah  hari rehat. Ahad pula adalah hari lawatan keluarga yang mana keluarga pelatih datang melawat anak mereka dari jam 9 pagi  hingga 5 petang.

Berkenaan dengan program kerohanian agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian, pelatih Non-Muslim yang terlibat akan diuruskan ke kuil atau gereja atau tokong berdekatan bagi mereka menunaikan kewajiban keagamaan mereka. Pemergian mereka diringi oleh seorang atau dua orang jurulatih atau lebih mengikut berapa orang pelatih yang terlibat.


Saya mohon maaf.

Saya bukanlah insan yang sempurna lagi hebat. Saya hanyalah pacal dan hamba di mata Tuhan.

Apa  yang saya kongsikan di sini adalah untuk  memberikan sedikit pencerahan kepada sanak saudara,rakan, ibu bapa, bakal  pelatih, para karyawan, para cendekiawan, dan seluruh warga negara Malaysia. Bukan tujuan saya berpihak  kepada mana-mana pihak. Saya juga pencari rezeki Tuhan sama seperti kalian. Inshaallah saya akan berkongsi dengan kalian berkenaan modul-modul yang kami kongsikan dengan pelatih di lembaran yang lain jika saya masih diizinkan Tuhan untuk terus berkongsi.





No comments:

Post a Comment