Hah?Surat PLKN?
Ini contohnya. Sori,copy orang punya.
Sudah pasti sesiapa yang terima akan pengsan atau histeria bukan? Ini kepada yang memang tidak mahu masuk kem saja.
Kepada yang memang menunggu surat sampai rumah atau sms, sure sure dia akan melompat lompat seronok.
Yang tak dapat surat tu jangan menangis pula, korang boleh periksa dalam laman web JLKN. Print je surat tawaran tu. Klik saja kat sini http://bit.ly/1di4ZCY
Tidak lama lagi kemasukan pelatih baru untuk kemasukan Kumpulan 1 Siri 11 2014.
Sudah tentu hari melapor selama tiga hari berturut-turut bermula 04hb Jan 2014 hingga 06 Jan 2014.
Apa yang perlu saya buat bila dapat surat?
Ini contoh isi surat tu. Sorilah.Gambar ni madam copy orang lain punya.
Jangan bimbang dan panik. Mudah saja. Ikut langkah di bawah. Gerenti beres.
1- Tarik nafas dalam-dalam.
2- Buka surat dengan cermat. Tebal bukan kandungannya.
3- Kemudian selak helai demi helaian kandungan surat tersebut. Banyaknya borang....
4- Dalam banyak-banyak borang itu korang isikan beberapa borang sahaja yang penting.
a) Borang pendaftaran.
b) Borang kesihatan. (Ini paling penting! Most important in the world) Jangan sesekali abaikan. Korang pergi mana-mana hospital kerajaan atau klinik yang diiktiraf untuk buat pemeriksaan kesihatan. Sebab nanti dalam kem korang tidaklah terlalu sibuk kene soal dengan nurse dan MA atau mungkin doktor. Dan penting juga korang nyatakan sejarah perubatan korang. Juga apa yang korang allergic. Allergic seafood ke, ubatan ke, apa-apa sajalah. Penting tau. In case, ada doktor tak nak buat medical check up untuk korang, korang carilah mana mana hospital atau klinik yang nak buat. Kalau tak nati korang buat kerja dua tiga kali. Setiap kem dah ada Nurse, MA dan doktor. Tapi diorang kene monitor 400 orang sekali gus. Korang bayangkanlah.Stress ke tak diorang ni. Nanti korang jugak yang kene tunggu lama kat kaunter menunggu.
c) Borang kebenaran rawatan kesihatan dalam kem jika berlaku apa-apa. Borang ini perlu ditandatangani oleh ibu atau bapa atau penjaga tau.
d) Borang kebenaran menggunakan M-16. Ini borang kebenaran untuk latihan menembak. Juga perlukan tandatangan ibu atau bapa atau penjaga.
*Kalau tidak lagi surat.Dan takder borang-borang ini download dan print je. Klik sini http://bit.ly/19UjGvv
*Kalau tak dapat juga nakbuat,takper, korang tunjuk je sms yang mengatakan korang kene masuk kem kat khemah urus setia pick-up point. Tau lananti pegawai kat situ uruskan.
Ok. Dah lega sikit?
Orait sekarang kita packing barang. Apa yang nak dibawa?
Pertama dan yang maha paling mustahak. Segala jenis handphone, tablet, iPad dan seangkatan dengannya, madam nasihatkan tinggalkanlah kat rumah. Bukan apa, nanti bila masuk kem,semua harta elektronik peribadi kesayangan korang tu akan dikutip dan disimpan dalam sebuah bilik yang madam beri nama Bilik Kebal. Takut nanti calar. Paling madam takut, rosak! Huhuhuhuh..... nangis madam tau.
Kedua.
Korang tak payah bawa baju banyak banyak sangat. Cukup untuk baju tidur dan baju basahan sahaja. Sebabnya nanti korang dapat baju free, kasut sukan free,kasut kelas free, beret, tuala, stoking, tali pinggang, buku nota, pen dan adalah lagi barangnya.
Kalau korang degil juga nak bawa beloved teddy bear or apa apa sajalah yang jadi kesayangan, boleh. Madam tak marah. Tapi korang nak letak kat mana kalau loker besar ni jer...?
Ini keadaan bilik dalam kem.
Ketiga.
Barang keperluan peribadi seperti sabun mandi, sabun basuh, berus gigi, ubat gigi, shampu, conditioner dan sebagainya. Bawa jangan tak bawa.Kalau tertinggal dan tak bawa,takper.Koperasi atau kiosk ada dalam kem tu. Tapi harga..... tau tau je lah. Mahal.
Korang perlu bawa buku akaun bank BSN. Kalau tiada, jangan risau, masa melapor di kem nanti ada borang kosong untuk buka akaun untuk korang isikan.
Untuk apa?
Apa lagi, untuk jabatan masukkan duit elaun korang.
Setiap bulan korang akan menerima elaun sebanyak RM150 selama korang di kem.
Madam fikir setakat ini sahaja dulu sedikit petua dan panduan dan juga gambaran kepada sesiapa yang bertuah untuk ke kem PLKN. PLKN ini macam summercamp. jer... Seronok. Kalau tak caya,korang boleh search sendiri ok.
Aufwiedersehen.
Jumpa nanti.
Suasana di Pick-up Point
No comments:
Post a Comment