Wednesday, July 9, 2014

Kumpulan 2 Siri 11/2014

Kem PLKN Pelangi Hill Resort.

Untuk tatapan semua.

Inilah aktiviti yang berlangsung sepanjang Kumpulan 2 Siri 11/2014 yang sempat saya rakam.



Sekitar Aktiviti Pameran di dalam kelas Sub Modul Budaya Kerja, Pembinaan Karakter. 

Setiap kumpulan telah diberikan tugasan untuk membina gerai jualan masing-masing.
Objektifnya adalah untuk mendedahkan pelatih kepada dunia pekerjaan sebenar yang mempunyai banyak cabaran.




Modul teras, Modul Khidmat Komuniti.


 Program gotong-royong perdana diadakan bagi memupuk semangat kesukarelaan dalam diri.
Kali ini Kampung dan Bandar Baru Sungai Buaya terpilih sebagai tempat untuk dijalankan aktiviti.















Modul Teras, Modul Kenegaraan


 Dalam aktiviti Simulasi Pilihanraya, bukan sahaja mendedahkan  pelatih bagaimana proses sesbuah negara dibentuk, malah juga melihat kepada peranan rakyat itu sendiri.

Selain pelatih yang dipilih mengambil peranan sebagai Wakil Rakyat, kakitangan SPR, Polis, Media dan orang awam.

Mereka diberi peluang menjalankan dan menyusun sendiri perjalanan aktiviti sambil dipantau jurulatih terlatih.














































Modul teras, Modul Kenegaraan (Malaysia Berdaulat)

 Aktiviti ini  dijalankan dalam kumpulan (Kompeni Alpha, Kompeni Bravo, Kompeni Charlie dan Kompeni Delta).

Setiap kumpulan diberikan tajuk berkenaan tokoh-tokoh perjuangan yang telah berjuang mempertahankan negara.

Aktiviti ini juga mengimbau tragedi di Lahad Datu.





Baiklah.

Inilah sahaja yang sempat saya rakam untuk tatapan para pembaca.

Semoga dengan sedikit pendedahan ini, anda bersemangat menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

Wira dan wirawati adalah antara yang berdiri di barisan hadapan.

Satu Hasrat, Satu Tekad, Satu Semangat.

No comments:

Post a Comment